CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 5 July 2012

Ya Allah! Hensemnya

Khamis, 5 Julai 2012

What a happy day! Hehe. Kenapa aku happy sangat hari ni nih? Kerja pun bersemangat je tauu. Aku rasa ni lh first time aku kerja bersemangat gila even aku dh kerja lebih kurang 3 minggu lh jugak. Lama tu kann? Bersemangat punya pasal, last-2 diri ni jugak yang penat mcm nak mati. Haha pape jela. Janji aku happy! Emm nak tau tk kenapa hr ni aku happy sangat? Haa.. Moh le dengar cite ambo nih! Hehe. Aku happy sangat cos aku " jumpa " someone kat tempat kerja aku. Ya Allah! Menggeletar tangan aku buat kerja afta tengok muka dia. Seriusly muka dia exactly macam Hadi Putera Halim @ Adi Putra. Artis Singapore yang gila popular tu! Ya Allah hensemnyaa dia.. Begitu Indah ciptaanMu Oh Tuhan! I thought it seems like a coincidence, you know?.. Yeah It's a coincidence. Coincidently,aku minat gila ngan Adi Putra tuu. Sampai nk muka future BF aku pun macam Adi Putra Haha. Tk sangaka rupa-2 nya orang terdekat muka cam Adi Putra. Kuasa Allah kan. Kita tk dapat nk menduga. Tapi sayangnya, that guy too silent. I meant sangat-2 pendiam. Plus, mak dia kata dia tk suka layan pempuan. Nampak pempuan bt tk tahu je. Senang cerita, tk kisah perempuan. Lebih kurang cam tula.. Emm yelah! Camtulah! Emm kalau ikutkan ht, nak je kenal dengan dia tu tp impossible lh kan! Aku tknk jd perigi carik timba. Biarlah minat dalam diam. Hahah gatal! Hais minat gitu-2 jee. Macam lh jumpa dia lg kan. Mungkin td tu kali pertama & terakhir aku jumpa dia. Haha. Lainla kalau jodoh aku dengan dia. Manala tauu.. Huhu. ( Masih mengharap tu..) Haha. Emmm pape je aku ni kan. Perasan je lebih. In fact , memang aku ni suka perasan! Huhu. Btw, aku tk kisah pun la sape bakal husband aku nanti. Yg penting baik, soleh, elok rupa ( Kalau muka cam Adi Putra lagi bagusss! Haha ) & boleh bawak aku ke syurga. InsyaAllah. Aminnn~ <3

Sunday 1 July 2012

Akur Janji

Akur Janji..
Setia Padamu..
Akur Janji..
Menjaga hatimu..

Yang lain-2 pandai-2lh nyanyi sendiri ea..
Not in the mood for singing today..

By The Way, here I show U the best song from Indonesia, maybe..



Seriously, Lagu ni best. First time dengar kat Suria.fm. Cuba Try dengar. Hehe :)

JULY was COMING !

Blink! Dh lama dh tk update entri ni. Tk jenguk-2 Blog ni. Huhu Eh dh masuk bulan July dh. Sekejap je kan rasanya. MasyaAllah.. Kiamat semakin hampir dengan diri kita. Masa berjalan dengan begitu pantasnya tanpa kita sedari. Kini kita berada di Bulan Syaaban diantara Bulan Rejab dengan Ramadhan. Tk lama lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Tinggal lagi 21 hari je . InsyaAllah. Emm cerita pasal bulan July ni, Haa lagi sekali Bulan mendebarkan jantung Ex-2 students KMNS. Hehe. Nak tau tk kenapa? Ahahh. Mungkin minggu kedua Bulan July ni result UPU will be out. Hari tu Result PSPM kan. Sekarang ni saat-2 menggentingkan buat kali kedua. Hai.. Cerita pasal UPU ni tk taulh dapat U mana. Rasa cuak jugak. Harapan nk sangat dapat UTM. Research University tu! Sape yang tknk kan. Lagi pon dekat dengan rumah.Senang. Hehe. Tp kan, instinct ni rasa cm dapat UTHM je yang dulunya KUITHO, kat Batu Pahat. Sebb tu U yang first aku apply bg U biasa. U tu senang dapat. Hope sangat tk dapat situ. Cos Course yg aku apply kat situ aku tk minat. Engineering Teknologi Kimia (Biotek). Perkataan Teknologi dengan Biotek tu yg paling aku tk suka sebab aku tk faham apa yg aku akan belajar bila amik course tu nt. Hurmm tapi nk buat cmna kan. Dh apply dh pon. Accept jela.Ekpon time apply hari tu dh tkde course yang aku minat lg. So terpaksa lh apply yg tu cos nk penuhkan kotak kan. Biarlah. Apa yang aku dapat aku terima je. Belajar je la elok-2. Rezeki tu kan Allah yang tentukan. Allah yang menentukan segala-galanyakan. Manala tau kat mana aku belajar mungkin kat situ bertemunya Jodoh aku yang kekal. Hehe. InsyaAllah. -.- Emm Okayyla. I have got to go now. See you in the next entry later. Bye~~ ^_^  <3

Wednesday 13 June 2012

School Holiday ;)

Salam semua.
Hai rasanya lama dah tk update entri ni. Nk kata bz tk jugak, cuma berat jari je nk update.Senang kata malas. Hahah.Cuma lately la agak bz since dh kerja ni. Siang memang tkde masa langsung. 1 hari bekerja.Sangat penat :(.Haha biasala nak duitkan. Kenela usaha sikit.Huhu.

By the way, act update entri ni nak story pasal school holiday hari tu.Cuti sekolah kali ni 2 minggu kan.Minggu pertama tk buat apa pon.Tk g mana2 , duk rumah je. Cos ayah keje. Minggu kedua baru g holiday. Bawak adik kecik tu jalan2. Kitorang holiday 1 family kat Pahang, Lanchang.Maybe korang jarang dengar kot tempat ni cos mostly org tk tahu Lanchang ni. Biasala kawasan hutan belantara. Keliling hutan. Tp apa yang best kat sana ade tempat gajah. Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Kat situ korang boleh bg gajah makan, mandi ngan anak gajah kat sungai & juga tunggang gajah.Ramai Mat Saleh situ pergi.Lagi satu , ada jugak Deerland. Kat situ bukan rusa je.macam2 binatanglh.Senag cite cam Zoo. Tp best lg kat sanalh.Better dr Zoo. Cos kat situ korang boleh manja2 ngan bintang kat situ. Boleh pegang sume. Plus bole bg makan lg.Tp nk bg makan kene bayar sikitla.Tk banyak pun.Siyesly, rusa kat situ comel2 belaka. Suka sangat <3. Huhu. Em aku bermalam kat Lanchang tu semalam je. Sewa homestay terdekat kat situ.Banyak homestay situ. Semalam je dh cukupla. Buat apa lama2 bosan tauu nanti.Siyes.Emm afta g Lanchang, balik kg plak kat Banting, Selangor.Tu pun 2 malam je. Cos dh minggu akhir cuti kan.Dh tk lama dorang naik sekolah masa tu. Heee. Haa lupa plak afta balik dr Lanchang tu g singgah Temerloh jup.Siyes bandar Temerloh best.Besar.Banyak kedai Melayu situ. G Temerloh nk carik ikan patin sungai.Kat sana banyak jual ikan patin sungai sepanjang tepi jalan tu.Memang syokla tengok.Menarik je.Kat Johor tkde cmtu.Biasala Pahang memang terkenal dengan ikan patin sungai.Kalau ikan patin yang biasa kita tengok kat pasar tu yg jual kat sini2, tu semua kolam punya. Tk sedap rasa dia.Rasa cm lumpur. Lgpun harga pun murah kalau nk dibandingkan dengan ikan patin sungai.Kadang sampai RM60 seekor. Tp ummi beli ikan patin sungai yang sangkar punya. Sedap jugak.Baru RM14.Tk mahal pun. Huhu.Lepas carik ikan patin, g singgah makan kat restoran tu , memang sedap ar gulai tempoyak ikan patin dia, Orang Pahang je pandai masak kaw2 gulai tu. Huhu.So conclusion nya, Fun lh jugak holiday aritu. Heee ;)


Ni, nak tunjuk sikit gambar-2 time Holiday hr tu Hehe :)



My Beloved Father & I <3



Happy Family :)


Cutie deer <3



Feeding deers :)



Thursday 31 May 2012

UPU UPU UPU UPU !

Dulu sibuk dengan result PSPM, sekarang ni sibuk nak isi UPU pulak.Emm konfius gila kot nk pilih U dengan course ni.Jadi pening kepala ni tau tk.Course memanglah teramat banyak especially UiTM.Tak yah cakapla kan.Macam2 course ada.Al maklumlah nk tolong budak Melayu.Hehe.Tp tu la, course memang banyak sangat tp nk pilih course yang sesuai dengan kelayakan kita tu yang jadinya susah sangat.Lainla kalau dapat 4 Flat.Haa! Tkyah nk pening2 kepala.Semua layak.Btw,aku mintk course yang mostly related to Chemistry.Cos tu je satunya2 course yang aku minat even SC aku dapat A jugak tp kirim salamla kan nk apply cos aku memang admit aku tk boleh carry dengan subjek tu sebab dengan adanya 'PROGRAMMING!'.Mostly aku apply Sains Kimia,then Sains (Kimia  Gunaan), Kejuruteraan Kimia & lastly, Bioteknologi Sains Pertanian. Aku berharap sangat aku dapat Sains Kimia kat UTM.Tu impian aku.Hopefully kali ni Allah makbulkan doa aku dapat g UTM. UTM dekat sangat ngan rumah.Ekpon ayah kerja kat UTM. Papehal nanti senang.Tkdela parents nt ssh. Emm maybe UPU keluar hujung bulan June ni tkpun bulan July nt.Debor rasa. Huhu.Doakan kita dapat UTM kayhh :)

Result PSPM

Hari yang dinanti2kan dh pun tiba.Kelmarin, Selasa 29 Mei 2012 result PSPM-2 keluar.Hurmm sedih gila kot ngan result kali ni.Dapat teruk sangat.Pointer jauh sangat dengan Sem 1. Nak buat camanakan.Rezeki setakat situ je. Tk sangka la boleh dapat macam tu.Ingatkan kalau kurang dr Sem 1 pun, kurang sikit je.Tklh banyak sangat.Tp result macam tu nk salhkan sape kan. Diri sendiri yg buat.Salah diri sendiri la.Study last minute.Tk berapa nk struggle.So accept jela.Btw, PSPM-2 ni aku dapat 2A- 2B-.Terukkan? B- tu yang menjatuhkan pointer aww.Lagi pulak A solid tkde langsung kali ni.Sains Comp pun tk dapat A.Tu yang sedih sangat3. =(. Tapi memang admitla Sains Comp Sem 2 ni  susah coz kene study Programming.Aku memang lemah bab2 Programming cos kene banyak fikir secara kreatif. Memang tkla kan. Tapi walaupapepon still bersyukurla cos dapat jugak A- kan.Daripada tk dapat langsung. Aku dapat A- subjek Kimia ngan SC je. Nasib baik Kimia still dapat A. Kalau tk, memang dh melalak gila3 dh. B- pulak subjek Math ngan Biology.Sadis gila lah Math dapat B-.Target paling teruk pun B.Selalu target Math dapat OK mesti tk tercapai.Hurmmm~~So overall pointer untuk Sem 2 just 3.17 je. Jauh sangat kalau nk di comparekan ngan Sem 1. Masa Sem 1 dapat 3.58. Dapat 2A 1B+ 1B.Macam biasala yang A tu Kimia ngan SC.B+ tu Math.Yang B tu Biology.Biology la subjek yang paling susah aku nak perform.Act, aku tk minat Biology.Tp dh dapat accept jela.Dulu G tukar Modul 2 nk amik Fz  aku g cancel plak. Gatal kan? Kalau tk mesti Fz boleh dapat lebih baik dr Bio cos Fizik ramai dapat A kali ni.Plus aku minat gila kat Fz. Emm tapi  nak buat gane. Biarlah.Rezeki Allah tu luas.InsyaAllah~ :)

Monday 28 May 2012

Nervous while waiting for the result tomorrow :'(

Hari yang ku tunggu2 selama ni dh pun hampir tiba. Sekejap bukan? Masa sekarang ni tk taulah nk cakap apa. Esok , 29 May tarikh yang paling penting dn mendebarkan semua orang. Haha mesti semua budak2 Matrik tengah dap dup dap dup result nk kuar esok. Same goes with me. Jantung ni dh debor je rasa. Hati keluh kesah.Tk senang duduk jawabnya bila fikirkan result ni.Tambah lagi fikir macamana aku buat exm bulan yg lepas.Rasa cm worst gila. Tk tahulah ada harapan tk nk dapat 3 pointer and above. Macam ssh je.  Nak dapat 4 Flat? Rasanya memang something yg impossible lah. I'm not that smart to get that sorta pointer =(. Tp kalau rezeki Allah nk beri, tk jugak mustahil kan? Orang kata Nothing is impossible in this world.Hopefully, dapat pointer 3.5 & abovee. Tknk dapat 2 pointer. Rasa cm teruk sangat jee. Yelaa, Impian aku nak masuk UTM.Parents put hope on me to get it.UTM is the one of my dreams. Tk UTM pun, UPM pun jadilah.Yg penting U yg bagus2 lah. Sape yg tknk kan.Aku berharap sangat Allah tolong aku dapatkan yg aku impi2kan all this while.Hopefully, doa2ku dimakbulkan.InsyaAllah.. Emmm No matter what, kita sama2 jelh berdoa banyak2 dapat result yg cemerlang. Aminnnnn Ya Rabbal Alamin... =)